hanya kerana aku dihantui bayangan mimpi semalam.
gurauan mimpi sama yang terlalu kejam.
dirasuk kemaruk kibas engkau,
insan yang tidak bermuka.
datang sewenang wenang,
tanpa menyapa, tanpa diundang.
lantas, nekadnya aku melacurkan cintaku
demi menyemai harapan
berjumpa engkau di sebalik garisan
lautan insan yang tidak tercipta bagiku.
maafkan aku tatkala sampai saat
kita bertemu.